Kolej Matrikulasi Perlis - Kehidupan dan Cabaran
Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) merupakan kolej matrikulasi tertua di Malaysia iaitu dibina pada Januari 1998 di atas tanah seluas 75 ekar di Arau,Perlis dan ia siap sepenuhnya pada Mac 2000 dan mula beroperasi pada 3 Julai 2000. Antara matlamat matrikulasi ditubuhkan ialah untuk menyiapkan pelajar bagi mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains dan perakuanan di Universiti awam dan swasta. Di Matrikulasi Perlis terdapat dua bidang yang ditawarkan iaitu bidang sains dan bidang perakaunan tetapi di KMP lebih menjurus ke arah perakuanan iaitu dimana 3/4 pelajar di KMP adalah pelajar perakaunan dan selebihnya adalah pelajar sains modul 1,2 dan modul 3.
(Gambar pintu gebang KMP)
Kehidupan seharian di matrikulasi ialah bermula pada pukul 8pagi sehingga 4.30 petang.Seawal 8 pagi, semua pelajar akan berpusu-pusu pergi ke kelas untuk menjalani PDPR seperti biasa iaitu terdapat 3 kelas yang wajib diikuti iaitu kuliah,tutorial dan praktikal kelas. Biasanya untuk setiap satu subjek ,masa yang diperuntukkan adalah selama 2 jam untuk setiap kuliah,tutorial dan praktikal. Di matrikulasi terdapat 2 subjek yang wajib diambil iaitu subjek wajib kursus dan subjuk elektif. Untuk aliran perakauanan , subjek wajib kursus yang perlu diambil ialah pengurusan perniagaan(AP015,AP025), matematik (AM015,AM025) , perakaunan (AA015,AA025) dan ekonomi (AE015,AE025) manakala untuk subjek elektif yang turut wajib diambil oleh setiap pelajar ialah pendidikan islam,pengajian am,kokurikulum dan bahasa inggeris. Tetapi pengiraan pointer CGPA adalah berdasarkan 4 subjek wajib kursus sahaja
(Gambar jadual waktu)
Pada pukul 1 tengahari , kami akan makan tengah hari bersama-sama rakan sekelas sebelum memulakan sesi pembelajaran pada pukul 2 petang. Kami hanya diberikan masa satu jam untuk makan,solat dan berehat sebentar selepas itu , kami akan memulakan PDPR seperti biasa sehingga jam 4.30 petang. Tetapi untuk sesi kemasukan kami 2020/2021, pihak KPM menambahkan masa pembelajaran kami pada sem 2 kerana berlaku kekangaan masa akibat wabak covid-19 untuk menghabiskan silibus pembelajaran .Maka nya kelas kami akan berakhir pada jam 6 petang pada setiap hari isnin sehingga jumaat dan pada hari sabtu juga diadakan kuliah dari jam 8pagi sehingga 12 tengah hari. Akan tetapi ini tidaklah menjadi penghalang untuk kami untuk bersukan , selepas selesai kelas dan menunaikan kewajipan bersolat , kebanyakkan pelajar akan keluar untuk mengambil angin seperti bersiar-siar ,berjogging mahupun bersukan. Antara sukan yang menjadi kegilaan pelajar di sini ialah bola sepak, bola tampar , bola baling dan tidak terlupa juga badminton. Pada masa ini lah , banyak kawan-kawan baharu yang dapat dikenali dan mengeratkan hubungan sesama sendiri. Selepas itu, pada jam 7.15 petang semua pelajar dikehendaki untuk berhenti bersukan dan pulang ke blok masing-massing untuk menyiapkan diri solat magrib. Sebelum naik ke bilik , saya selalunya akan menulis tempahan makanan terlebih dahulu untuk makan malam di cafe B . Sebelum saya terlupa , di KMP terdapat 3 cafe yang menjadi pilihan pelajar iaitu cafe pentadbiran , cafe A dan cafe B . Kebiasaannya pada waktu pagi, pelajar gemar bersarapan di Cafe A kerana terdapat lebih banyak pilihan dan harganya juga lebih murah dibandingkan dengan Cafe B manakala pada waktu tengah hari, Cafe Pentadbiran dan Cafe B menjadi pilihan disebabkan mempunyai pelbagai lauk akan tetapi sekirannya anda ingin merasai makanan di Cafe Pentadbiran perlulah dapat lebih awal iaitu antara jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari kerana Cafe Pentadbiran ini berkongsi Cafe dengan pensayarah maka sekiranya anda tiada kelas pada waktu itu boleh mengajak rakan-rakan sekelas makan di Cafe Pentadbiran. Manakala pada waktu malam pula,Cafe B menjadi pilihan kerana kemeriahan dan pelbagai menu disediakan antara makanan yang menjadi pilihan dan popular di sini ialah Chicken Chop, burger, tomyam,paprik,nasi goreng dan shell out
Pada waktu malam pula, kebiasaannya pihak pengurusan masjid akan membuat giliran untuk bersolat berjemaah magrib dan isyak mengikut blok masing-masing atas faktor perlu mematuhi SOP untuk menjaga jarak semasa menunaikan solat. Di KMP, terdapat 6 Blok untuk pelajar perempuan dan 3 blok untuk pelajar lelaki dimana 1 blok untuk aliran sains perempuan dan 1 blok untuk aliran sains lelaki selebihnya adalah blok untuk pelajar perakauanan. Di sini, pihak pengurusan KMP menyusun bilik dan blok mengikut aliran kerana boleh memanfaatkan masa untuk belajar bersama di dalam satu bilik. Antara aktiviti yang dilakukan pada waktu malam di masjid adalah selepas menunaikan solat magrib, akan ada sedikit ceramah ringkas yang akan diberikan oleh Ustaz Asri mahupun ahli jawatankuasa masjid tersebut.Selalunya semasa ceramah berlangsung,pelajar yang bukan giliran untuk solat di masjid juga akan turut hadir dan mendengarnya, sama ada mendengar di luar masjid mahupun di Cafe B. Selepas selesai ceramah, diteruskan dengan solat jemaah Isyak dan diakhirnya dengan membaca al-mulk. Seterusnya, pelajar akan memulakan untuk membuat tutorial yang diberikan oleh pensyarah dan barulah akan berbincang bersama-sama iaitu mengulangkaji pelajaran mahupun menyiapkan assigment di bilik aktiviti. Tepat jam 12 tengah malam, semua pelajar tidak dibenarkan untuk keluar dari blok kerana pengawal keselamatan akan ronda dan membuat "sportcheck" mengejut sekirannya pelajar gagal mematuhi peraturan tersebut maka kad matrik akan dirampas seterusnya tindakan displin akan diambil oleh pejabat hal ehwal pelajar (HEP)
(Gambar suasa solat di masjid)
Antara cabaran yang perlu saya hadapi pada awal kemasukkan ialah cabaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru iaitu dimana kebanyakkan pensyarah akan menggunakan teknik pembelajaran yang menyarankan pelajar untuk melihat dan mempelajari sendiri sesuatu topik melalui kaedah "Youtube" dan pelajar perlu menyalin "lecture note" sendiri . Semasa di kelas, pensyarah hanya akan menerangkan secara keseluruhan sahaja bukannya secara mendalam ,selebihnya akan melaksankan dan membuat soalan tutorial untuk mengukuhkan kefahaman. Akan tetapi, ini tidak bermakna pensyarah tidak akan menolong pelajar untuk memahaminya,pensyarah di sini sangat lah terbuka untuk menerima pelajar datang berjumpa di blok pensyarah untuk menanyakan soalan.Cabaran yang kedua ialah pembelajaran untuk sesuatu subjek adalah sangat laju dimana pada masa seminggu sahaja 1/2 bab sudah habis dipelajari maka setiap pelajar perlulah pandai membahagikan masa dan mencari rakan belajar supaya tidak ketinggalan. Cabaran yang terakhir ialah untuk mengimbangkan antara pelajaran dan aktiviti luar seperti kepimpinan, bersukan dan sebagainya. Walaupun pelajaran merupakan satu keutamaan tetapi sekiranya tidak memperolohi kemahiran yang baru maka ianya tidak berguna. Pada mulanya agak penat untuk belajar sambil memimpin sesebuah organisasi tetapi lama-kelamaan ianya akan terbiasa dan boleh menyesuaikan diri. Tidak dinafikan juga, akan ada hari dimana, saya merasa sangat penat disebabkan pada minggu itu semua perkara perlu diselesaikan contohnya,menghantar assigment, terdapat Ujian Penilaan Semester (UPS). perlu menghantar tutorial amali dan perlu menyelesaiakan kertas kerja untuk melaksanakan aktiviti . Tetapi ini tidaklah melemahkan saya untuk bangkit dan menyelesaikan kesemua tugasan dengan tenang . Situasi ini dapat mengajar saya dan memberi saya satu pengalaman yang tidak boleh dialami oleh semua pelajar. Kesemua cabaran yang perlu saya hadapi ,memberikan saya satu kemanisan yang sangat saya tidak percaya kerana saya telah berjaya di dalam kedua dua bidang yang saya cemburi mahupun akedemik dan kepimpinan. Matrikulasi adalah satu tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan dan keperibadian
Comments
Post a Comment